Sunday, 28 October 2012
Tuesday, 23 October 2012
MODEL TYLER
Model Tyler merupakan model
perkembangan kurikulum yang sangat terkenal (Yusuf Hashim 2000). Dalam bukunya
yang terkenal Basic Principles of Curriculum and Instruction (1949),
Tyler menekankan bahawa pengembangan kurikulum untuk bidang pembelajaran apapun
harus didasarkan kepada 4 pertanyaan seperti berikut;
· Apa tujuan yang hendak dicapai?
· Pengalaman apa yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu?
· Bagaimana mengatur pemberian pengalaman itu secara efektif?
· Bagaimana mengetahui apakah tujuan telah dicapai?
PRINSIP ASAS Model Tyler
4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:
· Objektif
pendidikan · Kandungan
Kurikulum
· Kaedah
Pengajaran · Penilaian
OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER
· Matlamat
pendidikan yang hendak dicapai.
· Pembinaan
kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran.
· Organisasi /
susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran.
· Pengujian
dan penilaian.
Sumber Objektif Pendidikan
Didapati melalui kajian
terhadap pelajar bagi :-
· Menentukan
apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dsb.
· Menentukan
apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar.
· Menentukan
apakah minat pelajar.
Didapati melalui kajian
terhadap keadaan semasa:-
· menentukan
apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat
semasa.
· Memastikan
pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.
Didapati daripada cadangan
pakar subjek :-
· Melalui
penulisan dan cadangan pakar.
· Melalui laporan
yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.
Tapisan Objektif Pendidikan
Menggunakan falsafah dalam memilih objektif:-
Menggunakan falsafah dalam memilih objektif:-
· Falsafah
pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih
objektif pendidikan.
· Nilai
sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada
menerima atau menolak sesuatu objektif.
Menggunakan psikologi dalam
memilih objektif :-
· Pengetahuan
psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi
tahap pencapaian dan umur pelajar.
· Pengetahuan
psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan oleh
pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)