Tuesday 11 December 2012

i-THINK (sambungan)

Peta Dakap (Brace Map)





Peta Alir (Flow Map)

Peta Pelbagai Alir (Multiflow Map)

Peta Titi (Bridge Map)

Monday 26 November 2012

i- Think

4 Peta Pemikiran (Thinking Maps) untuk pengenalan kepada anak-anak murid cikgu  yang amat cikgu sayangi.



Peta Bulatan / Circle Map



Peta Buih / Bubble Map





Peta Buih Berganda / Double Bubble MAP
                

Peta Pokok / Tree Map



Sunday 18 November 2012

PERWATAKAN DAN PERANAN GURU





 

1.. MUAALIM : Menitiskan ilmu yang benar kepada sesama  manusia agar dapat merealisasikan fungsi.

2. MUADDIB : Untuk mempertingkatkan adab serta sikap murni.

3. MURSYID : Memberi petunjuk ke arah jalan yang benar bagi kehidupan di dunia dan di akhirat.

4. MUDARIS : Memainkan peranannya sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1433







Perjuangan kita belum selesai. Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt..

Monday 12 November 2012

Jom Tonton

Dengar dan tonton cerita ini . Jadikan pengajarannya sebagai pedoman kita bersama.


Klik di sini :  http://youtu.be/1cqMCnszWGI

KATA NAMA AM

BM Tahun 1 dan Tahun 2

 
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
 
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
 
 
Manusia , orang
 
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
 
 
 
binatang
 
 
ayam, gajah, kerbau anjing,
 kuda, burung, ikan dll
 tumbuh- 
tumbuhan
 
 
pokok, betik, rumput, lalang dll 
 
benda
 
pasir, kayak, radio, rumah. 
motorkar, pen, buku, dll 
 
 
tempat
 

pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
  
 

Friday 2 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Penuh Keceriaan

Gembiranya rasa hati ini melihat keceriaan di wajah anak-anak didikku di jamuan yang diadakan khas buat mereka. Kasihilah anak-anak ini. Berilah mereka peluang sekali-sekala merasa kegembiraan bersama-sama rakan kelas.

Klik di sini :
 Keceriaan Kami di 1 Murni 

Keceriaan Kanak-kanak Di Mataku

Kanak-kanak Tahun 1 sememangnya suka dibelai, dimanja, diajak bersembang, diajak bermain dan juga diajak membuat kerja bersama-sama. Apabila diusik kawan-kawan, mereka mudah menangis , tidak kurang juga yang mudah marah. Tetapi apabila diusik guru, mereka juga seperti orang dewasa, pandai mengusik kita juga. 
Apabila mengajak kanak-kanak membuat kerja (sekolah), ajaklah mereka berbual tentang perkara-perkara yang di luar matapelajarannya. Mereka lebih suka meluahkan apa yang ada di fikiran tanpa berselindung. Ajaklah mereka menyanyi sambil membersihkan kelas, pasti ini menyeronokkan. Keceriaan mereka , kegembiraan kita sebagai guru.








Tuesday 23 October 2012

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah



MODEL TYLER



Model Tyler merupakan model perkembangan kurikulum yang sangat terkenal (Yusuf Hashim 2000). Dalam bukunya yang terkenal Basic Principles of Curriculum and Instruction (1949), Tyler menekankan bahawa pengembangan kurikulum untuk bidang pembelajaran apapun harus didasarkan kepada 4 pertanyaan seperti berikut;
· Apa tujuan yang hendak dicapai?
· Pengalaman apa yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu?
· Bagaimana mengatur pemberian pengalaman itu secara efektif?
· Bagaimana mengetahui apakah tujuan telah dicapai?
PRINSIP ASAS Model Tyler
4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:
· Objektif pendidikan               · Kandungan Kurikulum
· Kaedah Pengajaran                · Penilaian
OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER
· Matlamat pendidikan yang hendak dicapai.
· Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran.
· Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran.
· Pengujian dan penilaian.
Sumber Objektif Pendidikan
Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :-
· Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dsb.
· Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar.
· Menentukan apakah minat pelajar.
Didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa:-
· menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa.
· Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.
Didapati daripada cadangan pakar subjek :-
· Melalui penulisan dan cadangan pakar.
· Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.
Tapisan Objektif Pendidikan

Menggunakan falsafah dalam memilih objektif:-
· Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih objektif pendidikan.
· Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada menerima atau menolak sesuatu objektif.
Menggunakan psikologi dalam memilih objektif :-
· Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi tahap pencapaian dan umur pelajar.
· Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan oleh pelajar.

Thursday 27 September 2012

Terima Kasih Cikgu..

Salam Sayang Anak-anak,

Sebelum kita belajar, mari kita nyanyi dahulu.  Lagu ini khas buat guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita dari awal kita masuk ke alam persekolahan. Semoga kita sentiasa menghargai jasa guru.

Terima Kasih Cikgu
Hari pertama masuk sekolah,
Tak pandai membaca mengira,
Tetapi cikgu begitu tabah,
Mengajar kami sungguh-sungguh
Bermula ABC sampai Z,
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira,
Kami belajar dengan lancar

Berkat kesabaran guru bijaksana,
Memberi berbagai petunjuk,
Hari demi hari kami pun mengerti,
Pelajaran nilai nya tinggi.

Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa,
Sambutlah ini ucapan kami,
Terima kasih cikgu.